Permohonan Residensi Wilayah dibuka pada Program Madani Rakyat
19 Februari 2024 03:09pm
KUALA LUMPUR – Jabatan Wilayah Persekutuan akan membuka permohonan bagi projek #perumahan #mampu #milik di bawah inisiatif #Residensi #Wilayah pada #Program #Madani #Rakyat Zon Tengah yang bermula 23 hingga 25 Februari di Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) #Jabatan #Wilayah #Persekutuan, Datuk Parang Abai@Thomas berkata, langkah itu bagi memberi peluang lebih ramai penduduk yang berpendapatan rendah memiliki rumah idaman.
“Pada tiga hari program ini kami membawakan tiga daripada enam inisiatif di bawah Program Usaha Jaya Insan (PUJI) antaranya Infra@PUJI yang menawarkan rumah mampu milik di bawah RM300,000.
“Ini juga membuka peluang kepada penduduk di #Selangor yang bekerja di #Kuala #Lumpur untuk memiliki rumah yang berdekatan dengan tempat kerja mereka,” katanya dalam temu bual di radio Nasional FM pada Isnin
Sementara itu Facebook rasmi Malaysia Madani memaklumkan, pelbagai aktiviti menarik ditawarkan sesuai untuk seisi keluarga pada Program Madani Rakyat Zon Tengah antaranya cabaran sepak penalti anak muda Madani, pertandingan mewarna dan menulis khat kaligrafi Islam, saringan kesihatan Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40), senamrobik berirama dan Konsert Showcase Anak Muda Madani x Kita Selangor.
Sekretariat Program Madani Rakyat dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, program bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan disediakan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor khususnya.
Program anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan kerajaan Selangor itu merangkumi Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Majlis penutupan Program Madani Rakyat Zon Tengah dijadual disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Februari, yang dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri.
Program Madani Rakyat merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lepas.
…
Source: https://www.sinarharian.com.my/article/650302/berita/nasional/permohonan-residensi-wilayah-dibuka-pada-program-madani-rakyat