1,010 UNIT RESIDENSI WILAYAH, RESIDENSI PRIHATIN MADANI UNTUK M40, B4015 February 2024 Terkini
17 Ogos 2023 01:46pm
SEBANYAK 1,010 unit rumah mampu milik, iaitu Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani di Desa Tasik Sungai Besi di sini, bakal ditawarkan kepada kumpulan sasar M40 dan ke bawah yang belum memiliki kediaman.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, pembangunan projek di kawasan seluas 1.4 hektar itu membabitkan 910 unit rumah Residensi Wilayah yang berkeluasan 902 kaki persegi (83.8 meter persegi) dan 908 kaki persegi (84.4 meter persegi) dengan harga jualan RM300,000 seunit.
“Residensi Prihatin Madani pula melibatkan pembangunan 100 unit berkeluasan 902 kaki persegi (83.8 meter persegi) dengan harga jualan RM200,000 seunit,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik Sungai Besi di sini pada Khamis.