1,010 RUMAH RESIDENSI WILAYAH DAN RESIDENSI PRIHATIN MADANI UNTUK M40
Ogos 17, 2023 @ 2:25pm
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,010 unit rumah mampu milik ditawarkan kepada kumpulan M40 dan ke bawah yang belum memilik kediaman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Rumah menerusi inisiatif Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI itu dibina di kawasan seluas 1.4 hektar, di Desa Tasik Sungai Besi, di sini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pembangunan projek itu membabitkan 910 unit rumah Residensi Wilayah yang berkeluasan 902 kaki persegi (83.8 meter persegi) dan 908 kaki persegi (84.4 meter persegi) dengan harga jualan RM300,000 seunit.
“Residensi Prihatin MADANI pula membabitkan pembangunan 100 unit berkeluasan 902 kaki persegi (83.8 meter persegi) dengan harga jualan RM200,000 seunit,” katanya dalam kenyataan itu.